Sunday, 10 June 2012

Ziarah@Kuantan

KUANTAN, 9 JUN 2012 - Setelah mendapat berita buruk salah seorang ahli konvoipesuma telah ditimpa kemalangan, maka ahli-ahli yang lain telah bersepakat untuk membuat satu lawatan atau ziarah ke rumah Anep. Beliau telah jatuh dari motorsikalnya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah beliau di KM 268.0 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran susur keluar ke Tol Gambang.

Dari kiri: Shahdan, Cikgu Jaapar, Pak Haron, Man Tiger dan Cikgu Borhan

Tepat jam 8:30 pagi, kami bergerak dari Putrajaya dan berhenti untuk sarapan pagi di tempat pertama dalam tentatif program iaitu R & R Temerloh. Dengan pekena teh tarik dan nasi lemak panas maka terisilah jua perut masing-masing yang telah lama berdangdut semasa dalam perjalanan tersebut...hahaha

Teh tarik kaw buih lebih...pergghhhh
On the way to Kuantan
Setibanya di rumah Anep
Penyerahan sedikit sumbangan kembara kebajikan...hahaha
Terima ikhlas dari kami mewakili yang lain-lain memberikan sedikit sumbangan
Shahdan mengambil berat tentang tahap kesihatan Anep
Keadaan motor Anep selepas kejadian tersebut menimpanya
Acara memotong buah durian oleh cikgu Borhan...ahaks
Akhirnya orang lama otai jugak yang tolong belahkan...aiyyaakk!! :P
Hidangan pencuci mulut yang diberikan kepada kami oleh bapa Anep
Ketika berada di Teluk Chempedak bersantai-santaian mengambil angin
Betul-betul mentekadarah depa ni ehh...ninnndiaaa
Menu air minuman baru yang telah dihasilkan oleh cikgu Jaapar...memang mabuk terus pastu...hahaha
Singgah solat Isyak dulu di surau berdekatan Kuantan Parade sebelum bertolak pulang ke Putrajaya



No comments:

Followers