Sunday, 8 July 2012

Kembara Menjejak Sejarah: Melaka

Kota A Famosa, Bandar Hilir
MELAKA, 7 JUL 2012 - Baru-baru ni team konvoipesuma telah turun ke negeri Melaka. Secara perkiraannya, ini adalah kali yang ke-8 konvoipesuma menjalankan aktiviti sehat anak-anak muda seperti ini...heeeee. Konvoi bergerak dari Putrajaya menuju ke Melaka mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Bertolak seawal jam 6:50 pagi dan kami target untuk bersarapan di R & R Seremban seperti yang telah dirancangkan dalam tentatif trip ini.

Aahhh...awal-awal sebelum pekena nasi lemak dengan teh o panas memang legaaa...perghhh
Sarapan pagi di R & R Seremban arah selatan
Aaahhh...dapat pekena nescafe tarik, teh O panas dengan nasi lemak berkrimnya...mmmm...marvelous ah. Baru ada energy nak berkonvoi sampai ke tempat dituju...hehehe...punyalah ramai umat masa kat sini masing-masing duk standby nak chop-chop meja/tempat duduk. Time ni lah terserlah keperibadian seseorang ni. Nak dijadikan cerita...tu laa setakat luaran pakai kopiah anak beranak nampak macam islamik tapi budi bahasa takde memang fail la ("memey laaa...") orang pikir watak sebenar. Ader la sorang pakcik ni nampak macam alim-alim sekali dengan muka tak malu berebut nak ambil tempat yang terang-terang dah kami dapat dulu nak duduk. Sebaik lah ade sifat kesabaran anak-anak muda ni kalau tak dah lame nak kena hempuk je dengan helmet 8 biji sekali taboh...tuudiaa...astaghfirullaahh...as-sobru minal imaann...

Pantai Teluk Kemang ~ around 9:30-9:45 pagi kami tiba di sini
Yeaaahhh...tuudiaa our 1st place to stop (R & R Seremban tadi tak dikira yer...) ~ Pantai Teluk Kemang, P.D. kat sini spend time around 15 minit je gitu. Bukan nak mandi ke pe yer janji dapat snap foto pembuktian tempat-tempat yang telah kami menyinggah untuk tatapan pembaca...hehehe ;D

Epi betul-betul teruja hold signboard nih...hehehe
Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Tanjung Biru@Blue Lagoon, P. D. saje nak cuci mata dan merasai tiupan angin pantai sepoi-sepoi bahasa...hahaha...so far dapat merehatkan sebentar badan yang agak penat sikit (pre-tired)...kuang3!!

Tuudiaa sembang tak hengaaattt...tangan sampai lambung-lambung naa...dasssaaattt!! ahaks
Santai-santaian di Tanjung Biru@Blue Lagoon, P. D.
Sebelum menuju ke Sungai Udang untuk ke rumah makcik Ajib, konvoi singgah dulu Pantai Pengkalan Balak. Apa lagi berehat jap sambil pekena angin-angin pantai meniup...huhu

Senyum dalam kepenatan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...hehehe
Di mana-mana saje Epi pasti berselera...slurrrppp...laksa penang tuudiaa ehh
Waktu tengahari sedang elok sekitar jam 2:00 - 2:30 petang konvoi pun tiba di rumah makcik Ajib. Perghhh...memang dah tahap lapar masing-masing masa ni. Sekalung penghargaan terima kasih diberikan kepada makcik Ajib. Menu yang dihidangkan memang superbbb brooo...sila jemput makan yerr...nyum...nyum...nyummm!!

Ayam masak gulai rebung, Ayam goreng berempah dan Daging tetel masak asam pedas
Muka ala sinyuuummm...sabor, saborrr...huhu
Baru 3 kali si Epi tuh...jumlah sebenar ialah 4 kali beb...tuudiaa
Setelah sejam menghabiskan masa kat rumah makcik Ajib, konvoi bergerak pula ke destinasi seterusnya. Time for Coconut Shake!! Oyeaahhh...hahaha...kena lak kondisi masa tuh panas terik belaka dalam perjalanan..."memey laaa..."

Muka Zaim dah tak sabar tuh...reowww!!

Seorang 2 cawan sebat...tuudiaa ehh...Epi ja seorang bantai 3 cawan

Muka-muka ceria dan lega...aaahhh!! Marvelous!!

Coconut Shake Klebang, Melaka

Kerabat XPDC sedang masyuk menyedut...mmmmm

2 comments:

hudamohamed said...

Best3x (Upin & Ipin) pas ni ke mana pulak ya !!

ayeopNizme said...

pasni ke utagha hat belah penang tu ehh...tuudiaa...punggahh mak enon...hahaha :D

Followers