Assalamualaikum.
Fuuh!! Memang betul-betul lama tak update blog ni. Almaklumlah jiwa diri ni bukan jenis jiwa pengarang ke novelis ke penulis ke. Ahaks. Okaylah, malas nak taip panjang-panjang. Nanti jadi bosan pula nak membacanya. Tak gitu? Jangan marah aaa.
Anyway, cuma nak sharing and caring fasal konvoi akan datang ni nanti. Lihat pada tajuk pun pasti dah jangka tempat atau negeri mana yang akan team ni nak jelajah bukan? Jeng, jeng, jeng!!. Sebelum itu, buat pengetahuan semua pada tahun ni 2013 memang 1 program konvoi ke mana-mana pun tak terbuat lagi. Ngeee. Tup, tup, pejam celik dah nak dekat tiba hujung tahun rupanya. Masya Allah, cepat benar masa berlalu.
Sebenarnya, dari awal tahun lagi memang ada perbincangan dan perancangan nak buat konvoi ni sekitar dari bulan Mac hingga September (kecuali bulan Ramadhan dan Syawal) tu, tapi ada sahaja halangan-halangan kecil wujud. Macam biasalah, bila mana kawan ni free yang lain pula 2-3 orang sibuk pulak, dengan kenduri-kendaranya lagi dan macam-macam hal lah.
Uiks, awal-awal tadi kata tak nak panjang lebar nak cerita kan? Ni tak sedar dah jadi lain mahu terlajak pula. Adehh. "Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua..". Setelah perbincangan diadakan pada bulan lepas (Oktober), Konvoipesuma Team telah memuktamadkan iaitu pada 21 hingga 23 Disember nanti sebagai tarikh di mana program 'Cabaran Pantai Timur Ke-2' akan dilaksanakan.
Jika sebelum ini pada cabaran pertama (sila klik sini) konvoi hanya sampai ke Balok sahaja, tetapi pada cabaran kedua ini konvoi akan melajak jauh ke atas lagi hingga ke Kemaman, Terengganu. Tarikh berkenaan dipilih untuk mengadakan konvoi ini kerana sebelumnya telah diselidik dan disepakati bersungguh-sungguh demi untuk menunaikan program ini benar-benar tercapai.
Segala persiapan dari waktu blog ini dinukilkan sedang dalam proses secara satu per satu dari segi pelbagai aspek. Contohnya, servis motosikal, tempahan homestay (2 malam), kelengkapan diri dan lain-lain. In shaa Allah, semoga konvoi ini akan berjaya dilaksanakan dengan selamat pergi dan pulang pada tarikh tersebut. Nantikan update selanjutnya selepas ini berkenaan program konvoi 'Cabaran Pantai Timur Ke-2' bulan depan. In shaa Allah.
"Na, na, na, na, na..teganu kiterrr!!" ;)