Friday, 14 December 2012

"Pulau Pinanggg...Kami datanggg!!"

"Pulau Pinanggg...Kami datanggg!!"

Entri ni baru la nak dipostkan selepas 3 minggu 

kami balik dari konvoi yang terakhir (15-17 Nov) sebagai penutup untuk tahun 2012 ni.

Okeh...

Malas nak mukadimah panjang-panjang straight to the point.

Kami berkumpul jam 9:30 malam di port biasa seperti konvoi-konvoi

 sebelum ni di stesyen Shell Presint 8.

Jentera masing-masing sedang bersiap siaga
Angkasawan negara?? Kihkihkih (jgn marah aaa zack)
 Borak punya borak tengok jam dah pukul 10:00 malam. 

So, apa lagi konvoi pun bertolak. 

Tak nak bazir masa kene ikut seperti apa yang telah dijadualkan.

"Bismillahi tawakkal 'alallah..." VRROOOMMM!!

Setelah 45 minit perjalanan 1st checkpoint konvoi berhenti di stesyen Petronas Rawang. 

Sape-sape yang nak terkucil ke basuh muka ke sinilah tempatnya. 

Take a break 10 minutes...aaahhh!!

Man Tiger mengepalai konvoi...Zaim tak lepas peluang hantar repot 
kat orang rumah...jeng3!!
Apa lah yang Man Tiger ni seronok sangat bualkan tu dengan Zack
 Second checkpoint konvoi seterusnya tiba di 

stesyen Shell Tanjung Malim kira-kira jam 12:30 tengah malam.

Kondisi badan masa ni dah mula terasa penat sikit dengan mengantuknya...huhu.

"Kita minum duluuu...!!"
Stesyen minyak Shell Tanjung Malim
 Sesi photoshoot dilakukan di sini...ahaks.

Menjadi perhatian sekejap daripada kalangan orang lain yang berhenti rehat kat situ 

bila tengok kami 'havoc'kan keadaan sebentar...ngeee.
 
Bincang apa tu bang??
Welcome to Tanjung Malim...!!
Pose jangan tak pose bang
Free styleeee!!
Peace yaww!!
Man Tiger buka citer...jeng3!!
 Lebih kurang setengah jam kami port kat situ. 

Checkpoint selepas ni R & R Tapah. 

Around jam 2:30 pagi konvoi tiba R & R Tapah.  

Kami rehat lama sikit kat sini untuk tidur. 

Takdelah lame sangat dapat dalam 2-3 jam pun jadi. 

Walaupun belum puas sangat konvoi bertolak jam 5:30 pagi. 

Target Hentian Simpang Pulai konvoi akan berhenti untuk solat Subuh.

Jam 7:15 konvoi dah kat semula highway area Ipoh. 

Suatu keadaan tak diduga atau tak terduga telah terjadi ke atas konvoi. 

Nak tau apakah yang telah berlaku? Jeng3!!...

Tayar motor gue udah pecah donggg...aiyakkk!! (T_T)
Bukti bergambar
Terima kasih Mel menjaga kami...Zaim jugak mekaniknya...huhu
Kaki siapakah ini?? Adehh :P
Konvoi terpecah kepada 2 group di mana 6 buah motor terlajak 7 km di depan. 

Rupa-rupanya aksi ini telah dapat dirakam...tuudiaa ehh!! 

Asal sempat je korang ekk...

Bukan kat tepi ni tau tapi kat tengah-tengah highway...hoho
"Jauh mana dorang kat belakang ni...??" Tanya Man Tiger kepada Zack
Sempat Ajib melelapkan mata...haha
Betul-betul lena diulit intan si Ajib ni...comelll jer beliau tidur...ahaks :D
At the end, masalah yang dihadapi telah dapat ditangani dengan baik. 

Pengalaman mengajar erti kedewasaan. 

Konvoi-konvoi sebelum ini pun telah biasa terjadi.

It's a normal situation. 

Perjalanan diteruskan dan konvoi tiba di R & R Kuala Kangsar untuk bersarapan. 

Masing-masing time ni dah kelaparan sangat...haha. 

Apa lagiiii...makan timeee!!

Riak muka Mel yang menggambarkan tahap kelaparan kami...hehe
Sambil makan sambil cuci mata
 Tengahari pun menjengah menjadikan suhu keadaan terasa panas atas jalan.

Kami decide berhenti rehat untuk next checkpoint. 

Sebelum tiba Hentian Juru kami break kejap dulu di R & R Semanggol.

R & R Semanggol
Stesyen minyak Shell Juru (sempat gak pakcik belakang tu enter frame...kuang3!!)
Akhirnyaaa...!! jeng3!

Oyeahh...!!
Muka girang masing-masing...hahaha...ALHAMDULILLAH terjejak kaki kat jambatan ni
 Jam kat tangan menunjukkan pukul 2:20 petang

tiba di rumah penginapan kami di rumah abang Zack dekat Relau. 

Terima kasih kepada beliau 

(kredit to abang Zack kerana sudi menumpangkan kami menginap 2 malam).

Apa berlaku seterusnya? Jeng3!!...BERSAMBUNG...

Followers