Wednesday, 26 September 2012

Kembara Menjejak Sejarah: Pulau Pinang


PUTRAJAYA, 25 SEPT 2012 - Telah pun berlangsungnya mesyuarat team KonvoiPesuma bagi merancang trip konvoi akhir bagi penutup untuk tahun 2012 ini. Seperti sedia maklum tajuk entry di atas, kami merancang untuk naik ke area utagha...tuuudiaa ehh...haha. Pulau Pinang menjadi pilihan destinasi kerana terdapat banyak tarikan tempat-tempat yang seronok untuk dilawati. Perancangan kami selama 3 hari 2 malam bukan sahaja semata-mata pergi ke negeri ini sahaja. Malah, insya'Allah kami akan bermalam pula di Kuala Kangsar. Selama 1 malam lagi di sana kemudian seterusnya pulang semula ke Putrajaya. Tarikh yang kami rancangkan untuk konvoi ini adalah pada 15-17 NOV 2012...insya'Allah.

Jambatan Pulau Pinang
Mesyuarat telah diadakan di stall Rojak King, Kg. Sg. Ramal Luar di mana pemiliknya adalah ahli team KonvoiPesuma sendiri iaitu saudara Zaim. Kepada anda di luar sana silalah datang ke stall Zaim ini yang menghidangkan masakan rojak dan cendol as main menu stall beliau di samping ada juga menu-menu yang lain seperti nasi ayam, mi rebus, laksa dan lain-lain pastinya amat menyelerakan dan very the superb woo...pehhh...mengancam beb. Lokasi stall beliau ini terletak bersebelahan simpang tiga jalan lama ke Kg. Sg. Ramal Luar dari arah lebuh raya Kajang.

sabar menunggu menu yang diorder...hehe
perbincangan berlangsung sampai shahdan menguap...hahaha
ABC dan laksa...nyum,nyum,nyummm!!
 

Wednesday, 5 September 2012

Selamat Hari Raya

PUTRAJAYA, 5 SEPT 2012 - Kami daripada team KonvoiPesuma mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan muslimin dan muslimat. Pohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Yang lemah sesungguhnya datang daripada kami dan sebaik-baiknya datang daripadaNya. Kepada yang memandu, menunggang dan menumpang kenderaan WAJIB berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Sekian sahaja ucapan ringkas yang tidak seberapa ini daripada kami...Wassalamu'alaikum wbt.




Followers