Monday, 13 August 2012

Shopping Raya

KUALA LUMPUR, 12 AUG 2012 - Perancangan untuk keluar membeli dan belah di Kompleks Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekitar jam 4:30 petang kami bertolak dengan menaiki LRT di Stesyen Sungai Besi. Motorsikal masing-masing telah di'parking' di lokasi tersebut.

Sampai tertido si Ajib kerana keletihan bershopping...ahaks
Apakah yang sedang dimenungkan oleh Zaim?? huhu
Gambar sakan naaa...
Tuudiaaa ehhh

Thursday, 9 August 2012

Front Page@Utusan

Keratan akhbar Utusan Malaysia - siaran 9 Ogos 2012 / 20 Ramadan 1433H

AMIL membaca doa sambil diaminkan pembayar zakat fitrah di kaunter zakat pandu lalu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan kaunter bayar zakat pandu lalu. Ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah. Kaunter pandu lalu itu dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat.

*Gambar dalam keratan tersebut adalah Shahdan dan Ajib

Saturday, 4 August 2012

The Kudu's 2012 - Buka Puasa

KUALA LUMPUR, 3 AUG 2012 - Majlis berbuka puasa telah diadakan di Restoran Kudu Nasi Kandar Penang yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Seramai 11 orang termasuk ahli-ahli KonvoiPesuma meraikan iftar ramadhan yang ke-14 pada kali ini. Perjalanan dengan motorsikal dari pejabat terus ke Stesyen LRT Sungai Besi bergerak pada jam 5:45 petang. Objektif utama menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam seperti Star-LRT ini adalah merupakan tujuan/matlamat kami sayugia dapat mengelakkan dari terjebak dalam kesesakan lalulintas yang sedia maklum.

Tiba di stesyen LRT Sungai Besi jam 6:00 petang
Sementara menunggu seorang ahli rombongan terakhir yang hampir tersesat
View dari dalam koc LRT...masing-masing muka ceria dalam menahan kesabaran nak berbuka
KonvoiPesuma bergerak seakan-akan rombongan sekolah dari daerah lain tatkala berada di sekitar Jalan TAR setelah kami turun di Stesyen Jalan Sultan Ismail. Sekitar tepat jam 7:00 petang kami tiba di restoran tersebut. Alhamdulillahhh...mujurlah masih ada beberapa meja kosong yang belum di'reserve' lagi kepada pelanggan-pelanggan lain. Restoran Kudu ni memang popular di kalangan komuniti sekitar tersebut.

Berjalan kaki dari Stesyen Jalan Sultan Ismail menuju ke Jalan TAR
"Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur...menyinari hidup kuuuu..."
Beratur ketika hendak mengambil order makanan...jeng, jeng, jeng!!
Muka-muka menahan lapar dalam kesabaran di kala waktu berbuka semakin hampir...hehehe
Restoran Kudu bin Abdul Penang Nasi Kandar
Lauk-pauk yang menyelerakan...mmmm...nyum, nyum, nyumm!!
Antaranya...Ayam Madhu masak hitam, Kari Kepala Ikan dan lain-lain
Shahdan teruja dengan display lauk-pauk tersebut...huhu
Dan akhirnya apabila telah masuknya waktu Maghrib serta berbuka bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...

Baekkkk punyerrr...hehehe
Allahumma lakasumna wabika amanna...
Apa lagi...seraaanggg!!! Kita makan duluuuu!!...hahaha
Bila masing-masing khusyuk penuh tawadhu' menikmati nasi kandar depan mata...ahaks ;D
Selepas kami semua merehatkan diri daripada kekenyangan yang amat, KonvoiPesuma terus bergerak ke Maju Junction untuk singgah solat Maghrib di surau dalam shopping mall tersebut...Alhamdulillahhh...and next location was...jeng, jeng, jeng!!!

Selesai solat sesi bergambar sentiasa diadakan selepasnya...hehehe
Cuci-cuci mata di dalam Maju Junction
Singgah sebentar di depan Semua House...menonton Salma Mentor buat persembahan
Jalan-jalan cuci mata dan membeli-belah di Jalan TAR
Setelah sejam lebih berjalan-jalan di sepanjang Jalan TAR tersebut, maka kami yang telah terasa kepenatannya bergerak pulang dengan menaiki kembali Star LRT di Stesyen Masjid Jamek pada jam sekitar 10:30 malam.

Jom pulang!!
Seperti biasa bergambar dahulu sementara menunggu train arah ke Sri Petaling...huhu
Dan setelah sampai di Stesyen Sungai Besi kami 'mengeteh' dahulu di warung yang terletak berhadapan dengan stesyen tersebut. Satu kejadian yang telah dirancang rupa-rupanya di mana birthdayboy yang telah berlalu 4 hari selepas tarikhnya telah dirai dengan serangan tepung goma...punggaaahhh...(hampeh korang) hahaha...anyway apa-apa pun that's was very fun and happening gilerrr...memang kecoh dan gempak ah aksi-aksi kami...hahaha

Pakatan yang telah diadakan tanpa pengetahuan penulis...oooo...pandai ekk korang
Muka ala sinyuuummm...ada maknaaa tuuu...hehehe
Macam biasa sesi bergambar tetap ada...hehehe
Sebelum kejadian...
Seraanggg!!!...(ohh, tidakkk diriku diperlakukan sebegini rupa) ahaks ;P
Dah macam kt oversea pulak musim salji turun...konon-konon main snowball ah ni...hahaha
Seperti kena bom pula salah sebuah motor ahli KonvoiPesuma terkena tempias dari kejadian serangan tersebut...hekhekhek!!
Peace yaww!! Anyway thanks a lots guys for the celebration...hahaha

Followers